fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan Megat Muhammad Qalif menyanyi dengan cemerlang.

[VIDEO] ‘Zaman aku dulu tiup recorder, ulek mayang ja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebolehan seorang murid di sebuah sekolah rendah memperlihatkan bakat nyanyian luar biasa meraih perhatian orang ramai.

Murid berkenaan bukan sahaja mampu menyanyi dengan baik, malah berjaya melakukannya dengan lenggok dan gaya tersendiri.

Namun tidak hairanlah remaja yang dikenali Megat Muhammad Qalif atau Megat Qalif itu berjaya beraksi dengan cemerlang kerana dia merupakan Finalis Bintang Kecil 2025.

Bagaimanapun, hantaran video gurunya yang menggunakan profil @Siputpink itu menerima reaksi melucukan daripada orang ramai yang rata-rata membandingkan subjek muzik dahulu dan sekarang.

“Kenapa dulu masa aku sekolah waktu kelas musik tak macam ni ya? Balik-balik suruh tiup recoder tu, sampai sudah tak tahu mana nak dengar balik yang dirakam tu,” komen @PapaTeh.

“Dulu masa sekolah asyik kene tiup recorder je. Cikgu tak pernah suruh nyanyi padahal aku ada bakat,” kongsi @mamaanakempat.

“Kelas muzik sekarang ni seronok la. Kami dulu tak seronok, bosan. 30 tahun lepas la, ujar @Erni_Erniey. – KOSMO! ONLINE

@yettynatalia Replying to @mohamadteh terima kasih. Doakan kejayaan megat ye ❤️ #drama #bintangkecil2025 ♬ Langit – Jupriadi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI