fbpx
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, Selangor hari ini.

[VIDEO] Ajal juruteknik lalu kawasan berpasir bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Perjalanan seorang juruteknik menuju ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terbabas di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu mengakibatkan pemuda berusia 23 tahun berkenaan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Honda Wave dari arah Puncak Alam menuju ke sebuah kilang di Seksyen 26.

Jelasnya, motosikal itu bagaimanapun dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika melalui kawasan berpasir di bahu jalan berdekatan sebuah restoran tomyam.

“Ia kemudian menyebabkan lelaki itu tercampak ke kawasan berumput di jalan tersebut. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, mayat mangsa dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat, manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN