fbpx
Seorang remaja ditahan selepas didapati membuat aksi wheelie' semasa menunggang motosikal di kawasan Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dekat Pasir Puteh semalam. FOTO IHSAN POLIS

Remaja dicekup buat aksi ‘wheelie’ di Pantai Bisikan Bayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang remaja lelaki dicekup selepas membuat aksi mengangkat tayar depan atau ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal di kawasan Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dekat sini semalam.

Remaja berusia 15 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh semasa menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, anggota polis menahan suspek selepas mendapati remaja itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan melakukan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Menurutnya, penunggang motosikal itu dibawa ke pejabat trafik IPD Pasir Puteh dan ujian saringan air kencing mendapati remaja terbabit negatif dadah.

“BSPT IPD Pasir Puteh akan terus menjalankan operasi khas bagi membanteras aktiviti samseng jalanan dan lumba haram di beberapa ‘hot spot’
sekitar daerah ini,” katanya.

Zaizul Rizal memberitahu, remaja tersebut ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI