fbpx
Mustapha ketika ditemui pemberita pada majlis Anugerah eDOLA Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) ke-13 di Shah Alam, malam tadi. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

PRN Sabah: PKR Sabah jangka ada ‘perlawanan persahabatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah tidak menolak kemungkinan berdepan ‘perlawanan persabahatan’ di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia melibatkan kerusi selamat yang mungkin menemui jalan buntu sepanjang proses rundingan dengan pihak terlibat.

Tegas Ahli Parlimen Sepanggar itu, perbincangan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih dijalankan.

“Kita akan bincang dan pengagihan kerusi ini akan berlaku sehingga ke titik terakhir sebelum hari penamaan calon.

“Ini adalah proses tetapi mungkin minimum satu, dua kerusi yang akan diputuskan. Mungkin juga ada ‘friendly match’ nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah eDOLA Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) ke-13 di sini, malam tadi.

Menurut Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, isu GRS bertanding secara solo tidak lagi relevan ketika ini kerana gabungan tiada niat melakukannya.

“Hari ini (semalam) juga berlangsung pertemuan antara PH, BN dan GRS yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Buat masa ini, cabarannya adalah pengagihan kerusi mengikut kekuatan parti masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN