fbpx
SUSPEK diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman selepas disyaki mencabul anak saudaranya. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

Peniaga ‘sentuh’ anak saudara selepas tolak makan donut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang peniaga direman tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia 16 tahun selepas mangsa menolak ajakannya untuk menikmati donut di Bukit Rambai, di sini, minggu lalu.

Perintah reman hingga 21 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Sharda Shienha Mohd. Suleimen terhadap suspek berusia 50 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang, 12 Ogos lalu ketika mangsa sedang berbaring di sofa di ruang tamu rumahnya di Bukit Rambai.

Katanya, suspek yang juga menetap di rumah itu kemudian membawa donut dari dapur dan mengajaknya menikmati juadah itu bersama, namun mangsa menolak kerana berasa tidak sihat.

“Mangsa meminta bapa saudaranya itu meletakkan donut tersebut di atas meja sahaja, tetapi lelaki itu secara tiba-tiba datang ke arahnya dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Suspek kemudian terus berlalu masuk ke dalam biliknya seperti tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, mangsa yang terkejut terus menceritakan perkara tersebut kepada bapanya dan laporan telah dibuat di Balai Polis Batang Tiga.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menahan suspek semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI