fbpx
WAN MUHAMMAD NASRUL mengaku salah membakar lori MBJB di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

‘Kalau jamin, tak apa, saya tak mampu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan membakar lori tunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jumaat lalu.

Tertuduh, Wan Muhammad Nasrul W Ahmad, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat menggunakan petrol dengan niat untuk mengakibatkan kebinasaan dengan membakar lori tunda milik MBJB sehingga kerugian RM24,000.

Bagi perbuatan yang dilakukan di Depoh Simpanan Kenderaan, di sini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Ketika diminta menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu di mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu memaklumkan, ia tidak dapat dikemukakan.

Mahkamah kemudian menangguhkan hukuman ke atas tertuduh bagi membolehkan rakaman CCTV kejadian dikemukakan dan ditayangkan di mahkamah.

Siti Fatimah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, namun membenarkan ikat jamin RM7,000 berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Tertuduh memberitahu, sekiranya diberikan peluang, dia mahu meminta maaf kepada MBJB dan menyatakan mempunyai alasan tertentu melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menegur lelaki itu hanya boleh membuat rayuan terhadap jaminan, bukannya hukuman.

“Kalau jamin, tak apa, saya tak mampu. Bayar (ansuran) kereta pun tak mampu,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada pukul 11.07 pagi, Jumaat lalu, seorang penguat kuasa MBJB terdengar bunyi letupan ketika berada di kaunter Depoh Simpanan Kenderaan MBJB sebelum melihat sebuah lori tunda milik pihak berkuasa tempatan itu terbakar.

Difahamkan, berdasarkan rakaman CCTV, seorang lelaki iaitu tertuduh menuang petrol dan menyalakan api ke arah bahagian belakang lori tunda itu sebelum membuat laporan polis.

Polis yang pergi ke tempat kejadian kemudian menahan tertuduh dan merampas tong aluminum serta pemetik api. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI