fbpx
Gambar hiasan.

Pembelian Boeing tidak jejas tahap hutang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan pembelian pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pembelian tersebut juga tidak akan memberi impak kepada defisit fiskal kerana ia antara yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)

“Semuanya berada dalam jangkaan kita,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan asal, Hui Ying berkata, dalam Belanjawan 2025, kerajaan menyasarkan pengurangan defisit fiskal kepada 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Menurut beliau, sehingga akhir Jun 2025, paras hutang Kerajaan Persekutuan RM1.3 trillion atau 63.9 peratus daripada KDNK berbanding RM1.247 trillion atau 64.6 peratus pada akhir 2024.

Jelas beliau, peningkatan hutang itu disebabkan keperluan kerajaan untuk membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan (DE)

“Sehingga kini, kerajaan tidak pernah meminjam melebihi had statutori yang dibenarkan dalam akta-akta berkaitan hutang.

“Kerajaan yakin akan mencapai sasaran defisit fiskal pada kadar 3.8 peratus tahun ini dan memastikan paras hutang negara tidak melebihi had statutori ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI