fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Peguam mahu pembuli Zara Qairina didakwa ikut Seksyen 507D Kanun Keseksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Kumpulan peguam mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir meminta Peguam Negara menangguhkan pendakwaan ke atas lima remaja yang dijadualkan esok buat sementara waktu.

Pasukan peguam yang diwakili Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh dan Farrah Nasser berkata, ia berikutan selepas mengetahui kesemua remaja terbabit bakal didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

Hukuman di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan maksimum setahun penjara jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan adalah lebih berat iaitu 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.

“Selepas kami mengeluarkan kenyataan media semalam, kami baru mengetahui bahawa lima remaja tersebut akan didakwa di bawah akta terbabit (Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan) kerana membuli Zara Qairina.

“Kami dengan ini memohon agar Peguam Negara dapat menangguhkan pendakwaan tersebut buat sementara waktu.

“Kami akan memohon agar Peguam Negara dapat mempertimbangkan agar semua remaja di atas dituduh di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN