PETALING JAYA – Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) meneruskan pertuduhan ke atas lima remaja bawah umur dalam tragedi Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjelaskan tuntutan masyarakat supaya tindakan buli ditangani segera. Peguam yang juga Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, ia sekali gus membuktikan komitmen negara untuk memerangi buli dan melindungi kanak-kanak. Beliau berkata, kes pertuduhan itu adalah satu detik penting bagi sistem perundangan Malaysia dan masyarakat keseluruhannya. “Pertuduhan itu bukan sahaja mengenai akauntabiliti individu…