fbpx
RAJASKANA diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menikam adik kandungnya. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON / KOSMO!

Juruelektrik didakwa tikam adik guna gunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang juruelektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menikam adik kandungnya menggunakan sebilah gunting minggu lalu.

Tertuduh, Rajaskana Sheik Abdul Kadar, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Rajaskana didakwa dengan sengaja mencederakan Jogajohti Sheik Abdul Kadar, 35, dengan gunting pada pukul 11.30 malam di sebuah rumah bernombor di Taman Kandang Permai di sini, 12 Ogos lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhammad Zailani mencadangkan jaminan RM15,000, sementara peguam Amritpal Singh merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai juruelektrik telah berkahwin dan menanggung dua anak serta adik.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI