fbpx
Gambar hiasan

Isteri dipukul ketika doakan suami dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Gara-gara memukul isteri yang mendoakannya untuk mendapat pekerjaan, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul Saqinah Rosli memerintahkan tertuduh, Mohd. Khairol Mohd. Abu, 40, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan selepas lelaki itu mengaku salah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh dengan sengaja mencederakan isterinya di sebuah rumah di Kampung Katub, Lenggeng, Nilai dekat sini pada pukul 1 tengah hari, 6 Jun lalu.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara selama setahun, atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Kogilawani memohon hukuman penjara minimum kerana anak gumanya bekerja kampung dan menyara lima anak dengan seorang daripada mereka adalah orang kurang upaya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI