fbpx
Mas Imran (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Engku Abdul Hadi dan Noor Hayaty di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang baru-baru ini.

Hidup hancur bila tahu hidap kanser usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemandu lori mendakwa hidup­nya hancur seperti ‘dilempar bom’ selepas disahkan ­mengidap kanser usus tahap empat hingga menyebabkan dia terlantar dan tidak boleh menyara keluarga sejak tiga tahun lalu.

Bapa kepada lima anak, Engku Abdul Hadi Engku Abdul Aziz, 54, berkata, ketika sihat, dia mampu membuat tiga kerja untuk mencari nafkah.

Katanya, segalanya berlaku selepas dia membuat pemeriksaan kerana sering sakit perut.

“Saya sangka gastrik tetapi apabila diperiksa, saya disahkan hidap kanser usus tahap dua.

“Ketika itu hidup saya tidak keruan seolah dilempar bom. Saya nekad jalani rawatan untuk pulih tetapi kanser menyerang lebih ganas,” katanya ketika ditemui di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini.

Terdahulu, dia menerima kunjungan Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam yang menye­rahkan sumbangan ke­perluan asas bernilai RM1,000.

Menurut Engku Abdul Hadi, sejak itu dia banyak terlantar dan terpaksa dipapah isteri, Noor Hayaty Hashim, 47, dan anak-anak jika hendak bangun.

Tambahnya, dia telah menjalani lapan kali kemoterapi dan 10 kali radioterapi menggunakan insurans yang disertainya.

“Mujur ada insurans kerana saya tidak bekerja dan isteri suri rumah. Kami buntu mahu cari wang bayar rumah RM1,000, belanja dapur dan sekolah anak,” katanya yang mengharapkan wang simpanan, simpati saudara-mara dan masyarakat.

Ujar Engku Abdul Hadi, anak sulungnya masih menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir, manakala anak kedua bekerja di sebuah pasar raya mini dan tiga lagi masih bersekolah.

“Setakat ini saya belum me­nerima sebarang bantuan,” ­katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun ­Maybank Noor Hayaty bernombor 151016944472 atau hubu­ngi talian 019-547 7222.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI