fbpx
CALAFIORI muncul wira Arsenal apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang United awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arteta gembira pemain tidak mudah puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya biarpun memulakan kempen musim baharu dengan langkah kuat apabila menewaskan Manchester United 1-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Walaupun memuji mentaliti yang ditunjukkan pemainnya, Arteta menjelaskan tidak gembira dengan kemenangan tipis berkenaan dan menganggap mereka masih jauh daripada prestasi terbaik.

“Keputusan yang hebat untuk menang di Old Trafford pada perlawanan pertama. Sekarang kami berjaya memenangi perlawanan pertama di Old Trafford, tetapi masih belum menggembirakan dan bagi saya itu adalah petanda yang bagus.

“Jika itu yang dirasakan oleh pemain, mereka pastinya sedang membina sesuatu yang istimewa terutamanya pemain baharu yang mahukan permulaan baik. Kami dapat raih kemenangan di tempat lawan dan ia cukup menggembirakan saya,” katanya.

Walaupun The Red Devils menguasai permainan, jaringan tunggal Riccardo Calafiori sudah memadai buat The Gunners untuk mengesahkan tiga mata penting pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arteta juga menjelaskan apa yang dipamerkan anak-anak buahnya pada perlawanan kali ini cukup berbeza terutama ketika situasi bola mati dan menunjukkan reaksi balas setiap kali melakukan kesilapan.

“Setiap pemain menunjukkan reaksi yang bagus untuk memberikan kami peluang memenangi perlawanan. Jika semua ini tidak berlaku adalah mustahil untuk kami raih kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN