fbpx
UNITED memulakan kempen musim baharu dengan nasib malang apabila tewas menentang Arsenal di tempat sendiri awal pagi semalam. - AFP

EPL: Amorim yakin United sudah berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim percaya pasukan itu berada dalam landasan terbaik meskipun tewas 0-1 kepada Arsenal pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Riccardo Calafiori seawal minit ke-13 merentap peluang United untuk mencatat kemenangan pertama musim ini biarpun menampilkan corak permainan lebih baik.

Amorim berkata, mereka mempamerkan aksi jauh lebih baik berbanding saingan musim lalu dan beliau percaya United mampu untuk menewaskan sesiapa sahaja jika mengekalkan aksi serupa sepanjang kempen 2025/26.

“Kami memiliki sekumpulan pemain yang mampu untuk memenangi mana-mana perlawanan dalam Liga Perdana. Anda semua boleh tengok kami menampilkan aksi lebih agresif jika dibandingkan dengan musim lalu.

“Kami memberi tekanan kepada pasukan lawan sejak dari awal hingga ke hujung permainan. Pemain-pemain menunjukkan kualiti cukup tinggi selain berani untuk mengambil risiko ketika menyerang,” katanya.

Mengulas mengenai gol yang dijaringkan The Gunners, pengendali dari Portugal itu menganggap Arsenal menggunakan kelebihan fizikal bagi menghalang penjaga gol daripada menangkap bola hasil sepakan penjuru.

“Jika dilihat semula gol tersebut, mereka dibenarkan untuk menyentuh dan menghalang penjaga gol. Sekiranya peraturan membenarkan tindakan sedemikian, saya fikir kami juga perlu mula melakukannya,” ujar Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI