fbpx
Jet Li dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang tumor di sebuah hospital di China baru-baru ini.

‘Dah rosak, perlu kembali..’ – Jet Li jalani pembedahan buang tumor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bintang aksi terkenal antarabangsa, Jet Li dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang tumor di sebuah hospital di China baru-baru ini.

Perkara tersebut menjadi buah mulut peminatnya selepas Jet Li, 62, berkongsi foto berada di atas katil hospital tanpa menyatakan secara terperinci tentang penyakit dialami.

Namun menurut rakannya yang juga produser filem iaitu Tiffany Chen berkata, aktor tersebut dirawat di hospital disebabkan tumor.

Menerusi satu hantaran dalam Weibo, Li berkata dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana masalah ‘dalaman’.

“‘Perkakasan’ dalaman telah rosak dan perlu kembali ke ‘kilang’ (hospital) untuk dibaiki,” katanya berseloroh.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa prihatin dan mendoakan kesihatannya.

Terdahulu, Li pada tahun 2010 mendedahkan beliau menghidap hipertiroidisme iaitu keadaan apabila kelenjar tiroid menghasilkan hormon berlebihan.

Penghidap biasanya mengalami simptom seperti tangan menggeletar dan penurunan berat badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN