fbpx
PERBICARAAN kes tuntutan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim kini berlarutan ke proses hakam. - SYAKIR RADIN

Beego tak hadir, tak sedia ceraikan Linda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak hadir ke mahkamah bagi sesi laporan majlis jawatan kuasa pendamai (JKP), kes penceraian Beego dan Linda Hashim dijangka berlarutan ke proses hakam.

Menurut peguam yang mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan, anak guamnya tidak hadir ke mahkamah kerana akibat masalah kesihatan.

“Beego hubungi saya pagi tadi beritahu dia tak dapat hari ini kerana tidak sihat. dan kedengaran suara dia serak-serak basah. Mungkin kerana batuk dan selsema,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Ditanya adakah kes akan berlarutan,  menurut Akmal, anak guamnya masih berharap dapat selesaikan masalah tersebut dengan cara damai.

“Kalau dapat selesai cara damai kita cuba. Kalau tidak kita cuba cara persetujuan bersama. Kalau ikutkan Beego belum bersedia untuk bercerai,” jelasnya.

Sementara itu, isteri Beego, Linda mengharapkan agar proses di mahkamah pada hari ini dapat diselesaikan secara baik.

Pada masa yang sama, Linda berkata, sebolehnya dia enggan kes ini dibawa ke hakam.

“Bagaimanapun, jika perlu sampai ke hakam, kita akan akur sahaja dan lakukan proses ini sehinggalah selesai,”katanya.

Pada 23 April lalu, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, dan Beego selesai melakukan proses JKP berhubung kes perceraian mereka.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Jun sebagai tarikh mendengar laporan JKP sebelum ditunda ke hari ini.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI