KUALA LUMPUR – Polis menahan enam individu disyaki mencederakan seorang lelaki menggunakan senjata berhampiran sebuah pusat hiburan di sekitar Lembah Klang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki sekitar pukul 9.33 pagi.
“Lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa telah dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika berjalan keluar dari sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas enam suspek berusia di antara 25 hingga 29 tahun.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 21 Ogos ini,” jelasnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03- 22979222.
Terdahulu, tular satu klip video memaparkan sekumpulan individu dipercayai menyerang seorang lelaki sehingga cedera dalam kejadian di, di sini, kelmarin.
Beberapa individu turut dilihat menggunakan topi keledar sebagai senjata dalam insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE














