fbpx
Gambar sebuah bilik sewa yang dimuat naik di Facebook.

‘View cantik, RM650 sebulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial gambar sebuah bilik sewa dipercayai terletak di Kuala Lumpur dengan menawarkan harga RM650 sebulan.

Bagaimanapun hantaran tersebut mendapat kecaman orang ramai kerana harga yang ditawarkan dianggap tidak sepadan dengan saiz bilik.

Kelihatan di dalam gambar tersebut, saiz bilik berkenaan hanya mampu memuatkan sebuah katil bujang dan hanya mempunyai ruang yang sangat terhad untuk bergerak.

“Bilik sewa di Kuala Lumpur. View (pemandangan) cantik. RM650 sebulan,” tulis hantaran tersebut.

Dipercayai lokasi bilik sewa itu terletak di sebuah kondominium terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Sehingga kini hantaran tersebut mendapat lebih 6,000 tanda suka, 1,500 komen dan 523 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang meluahkan rasa marah serta tidak percaya dengan harga sewaan bilik di ibu kota.

“Ini latihan untuk masuk kubur ke ni? Bagusnya bilik saiz macam ni,” komen Abu Jack.

“Nak solat pun tak ada ruang. Takkan kena solat atas katil. Dengan harga macam ni, memang tak masuk akal lah,” komen Muhammad Nazmi.

“Sekurang-kurangnya bagilah ruang boleh letak meja dan almari kecil dekat sebelah tu. Ni dah macam bilik mandi je saiznya. Tempat nak solat pun tak ada,” komen Sophia pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN