PETALING JAYA – Tiada siapa menyangka di sebalik kebaikan hati seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Pak Cik Man tersimpan kisah duka yang menyayat hati.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, Pak Cik Man hanya meminta kepada sesiapa yang dibantunya agar mendoakan roh dua anaknya yang telah meninggal dunia.
Menurut Pak Cik Man, anak sulungnya meninggal dunia pada 2022 ketika berusia 30 tahun semasa berada di Mesir.
“Nombor satu umur 30, meninggal masa di Mesir, demam selama tiga minggu dan kemudian dia meninggal dunia,” ujarnya.
Lebih memilukan, setahun selepas itu, anak bongsunya pula dijemput Ilahi akibat penyakit kanser ketika baru berusia 23 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat ikhlas beliau.
“Ayah memang baik sangat, saya anak angkat dia 😍😍,” kata @Nbella.
“Ni abang Rahman, abang Man ni memang baik orangnya,” ujar @lilcute_azie.
“Sedihnya, semoga pakcik dan isteri sihat bahagia,” komen @Lita.
Terdahulu, kebaikan Pak Cik Man tular di TikTok apabila seorang pempengaruh, Puteri Yayayee memaklumkan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penghantar barang telah membantunya mengangkat barang dan enggan menerima upah daripada wanita berkenaan. – KOSMO! ONLINE
@puteriyayayee Replying to @Mr.A.N.E pakcik ni sangat kuat bila dia cerita kehilangan anak dia 2 orang sekali . Ayah mana yg tak sedih bila anak sendiri telah pergi selamanya . Al fatihah untuk anak pakcik ni . #alfatihah #takziah #ayah #ayahygkuat #dugaan #takziah #semogaallahpermudahkansegalanya #anak ♬ original sound – Puteri Yayayee