PETALING JAYA – Seekor kucing bernama Ciku dikatakan mengalami kemurungan teruk hingga kelihatan kurus kering dan menampakkan tulang selepas kematian pemiliknya.
Menurut cucu arwah menerusi perkongsian di TikTok @danielhareez, sejak pemiliknya menghembuskan nafas terakhir, kucing itu dilihat tidak lagi ceria dan hilang selera makan.
“Lepas atuk (tuannya) tak ada, Ciku dalam keadaan ‘depression’. Daripada gemok, sakit sampai kurus kering. Tulang sampai timbul.
Semua rindu atuk juga Ciku,” luah pemuda tersebut.
Video berdurasi 21 saat itu turut memaparkan kucing tersebut duduk di atas pusara pemiliknya sambil mengeluarkan suara seolah-olah sedang berbual.
Semakan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ada yang mencadangkan untuk pemuda tersebut membawa kucing itu ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, pemuda itu memberitahu pihak veterinar memaklumkan kucing tersebut sudah tua dan hasil pemeriksaan mendapati ia berada dalam keadaan tertekan.
“Dah bawa veterinar, pakar kata tak boleh buat apa…sebab dah tua sangat…belasan tahun dah. Tambahan (Cikgu) alami ‘mentally down’ sebab tuannya dah tak ada. Pakar nasihatkan bela sahaja sampai habis,” jelasnya.
Sementara itu, ramai juga berkongsi pengalaman sama apabila haiwan peliharaan mereka mengalami kemurungan teruk selepas kehilang orang tersayang.
“Masa ayah saya meninggal dulu, kucing di rumah kami memang nampak sangat tertekan. Dia akan menyendiri, tak nak makan, merajuk teruk dari main dengan kami dalam rumah. Sampai la dia mati. Sekarang kami yang sedih atas kehilangan kucing kesayangan kami sekeluarga,” kongsi Aliah. – KOSMO! ONLINE
@danielhareezLepas atok (tuannya) takde, ciku dalam keadaan depression.Daripada gemok, sakit sampai kurus kering, Tulang sampai timbul. Semua rindu atok juga ciku 🥺♬ original sound – Nielreez