fbpx
Ahli jawatankuasa masjid sedang memasang kain pemidang peringatan menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.

Sekali ponteng solat Jumaat di Terengganu, penjara menanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menguatkuasakan tindakan perundangan kepada lelaki Islam yang culas menunaikan solat Jumaat di negeri ini tanpa alasan munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan terhadap lelaki Muslim yang sengaja meninggalkan solat Jumaat itu selaras dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016.

Beliau berkata, enakmen sudah mula boleh berkuat kuasakan selepas ia telah digubal beberapa tahun lalu.

“Dengan pindaan ini, tidak hadir (solat Jumaat) sekali pun sudah boleh dikenakan tindakan.

“Sebelum pindaan dibuat, hanya mereka yang tidak hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa agama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Khalil berkata, hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, tindakan perundangan sebagai jalan terakhir sekiranya peringatan diberi tidak diendahkan oleh golongan yang culas menunaikan kewajipan tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI