fbpx
Polis menahan penunjuk perasaan di Baitulmuqaddis semalam. - AFP

Polis Israel guna meriam air tembak penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Beratus-ratus ribu orang berkumpul di Israel untuk mendesak agar perang di Gaza dihentikan dan perjanjian pembebasan tebusan dicapai dalam satu daripada protes terbesar yang diadakan sejak peperangan tercetus hampir dua tahun lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Protes terbesar diadakan di Dataran Tebusan, Tel Aviv semalam, dengan penganjur berkata, rancangan kerajaan untuk merampas kawalan ke atas Bandar Gaza membahayakan nyawa kira-kira 20 tebusan yang masih ditahan oleh Hamas.

Protes seluruh Israel selama sehari itu menyebabkan jalan, pejabat, premis perniagaan dan universiti ditutup di beberapa kawasan. 

Hampir 40 orang peserta diberkas, manakala polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan protes.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh keluarga tebusan dan individu lain yang menentang perluasan perang.

Salah seorang ibu tebusan, Einav Zangauker berkata, mereka menuntut perjanjian yang komprehensif dan boleh dicapai serta penamatan perang.

“Kami menuntut apa yang menjadi hak kami serta anak-anak kami,” katanya kepada orang ramai di Tel Aviv.

“Kerajaan Israel telah mengubah perang yang adil menjadi perang yang sia-sia,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI