fbpx
SEBAHAGIAN daripada aksi menarik perlawanan pertama Pusingan 16 Piala FA antara Imigresen FC dan Terengganu FC di Stadium Negeri Batu Kawan, petang semalam. - IFC

Piala FA: Tiada jalan selesa buat IFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG JAYA – Kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) pada pertama Pusingan 16 Piala FA di Stadium Negeri Batu Kawan, petang semalam belum meletakkan Imigresen FC (IFC) dalam situasi selesa untuk menjamin tempat ke pusingan seterusnya.

Ketua jurulatih, Yusri Che Lah berkata, kemenangan itu diharap memberi keyakinan dan motivasi kepada pemain untuk terus meningkatkan keupayaan bagi mengharungi perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, 13 September ini.

“Apa yang penting, kita perlu bersedia mengharungi 90 minit perlawanan seterusnya di gelanggang lawan selain mencongak langkah yang digerakkan Terengganu nanti.

“Selain itu, dua lagi kehadiran pemain import akan melengkapkan pasukan kita bermula minggu ini dan diharapkan masa berbaki dapat memastikan masing-masing bersedia mendapatkan rentak untuk beraksi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan IFC akan membawa masuk dua pemain dari Brazil iaitu Pedro Santos bagi mengisi posisi tengah dan Vinicius Milani yang akan bermain di barisan pertahanan.

Selain perlawanan timbal balik, skuad Mighty Tigers turut perlu mempersiapkan diri untuk menentang pasukan pendahulu liga, JDT pada perlawanan ketiga Liga Super pada 27 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI