fbpx
Mohammad Fahmi (tiga kiri) menyaksikan penganugerahan MBOR kepada Lai Thiam daripada Megat Faris pada majlis di Shah Alam hari ini. FOTO:SADDAM YUSOFF/KOSMO! Yusoff

Pasang CCTV tingkatkan kutipan parkir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir akan dilakukan dalam meningkatkan
penguatkuasaan pembayaran parkir di Selangor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, kaedah penguatkuasan itu disifatkan lebih teratur dan seragam dengan tahap kutipan di kawasan tempat letak kereta di seluruh Selangor ini hanya 50 peratus.

Katanya, anggaran kutipan tahunan tempat letak kereta di seluruh Selangor mencecah kira-kira RM100 juta setahun ketika ini.

“Bakinya tak boleh dikutip kerana biasalah orang takkan bayar kalau tiada penguatkuasa dengan orang ramai akan memakir selepas penguatkuasa tiada.

“Kita dapati teknologi CCTV inilah yang boleh menjamin penguatkuasaan yang lebih baik dan meningkatkan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan penyampaian dua Anugerah Malaysia Book Of Record (MBOR) kepada Flexi Parking daripada wakil MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Leading Innovative Technologies and System (LiTS) Lai Thiam Sin.

Kata Mohammad Fahmi, penggunaan CCTV itu secara langsung juga akan meningkatkan keupayaan hasrat Selangor menjadi Bandar Pintar termasuk dalam penguatkuasaan aspek kebersihan, keselamatan dan banjir serta pemantauan lain.

“Ia menjadi cabaran kepada kerajaan negeri dalam pemasangan CCTV seluruh Selangor. Bebanan itu boleh dikongsikan dengan pihak swasta dengan pemberian konsesi parkir.

“Kita juga sedang meneliti penggunaan super app yang sesuai bagi menyelaras pelaksanaan sistem Selangor Intelligent Parking (SIP). Setakat ini, kadar bayaran parkir masih dikekalkan 60 sen sejam,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata, ia merupakan pengiktirafan kepada Flexi Parking sebagai aplikasi tempat letak kereta pintar bersepadu paling meluas di Malaysia.

“Flexi Parking juga berjaya memperoleh transaksi bayaran parkir tertinggi dalam satu hari di Malaysia dengan sebanyak 461,265 transaksi pada 7 Mei lalu.

“Kalau di Selangor, transaksi melibatkan Flexi Parking pula mencecah 100,000 transaksi berbanding 50,000 sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN