fbpx
Dr. Mahathir ketika sidang akhbar selepas prosiding pengurusan kes saman beliau terhadap Anwar hari ini. FOTO: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Mahu segera ‘bersih’ nama saya- Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon kes saman fitnah RM150 juta difailkannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercepatkan kerana mahu segera membersihkan namanya.

Bekas Perdana Menteri berusia 100 tahun itu berkata, kes berkenaan telah tertangguh terlalu lama sejak 2023 dengan beliau sebelum setuju bagi penangguhan selama dua minggu yang diminta Anwar.

“Tetapi kini ia sudah dua tahun dan perbicaraan hanya akan berlangsung pada 21, 23 dan 29 Oktober depan.

“Saya tiada masalah dengan tarikh itu tetapi kalau boleh, saya mahu ia dipercepatkan. Saya sudah lama menunggu (perbicaraan ini) dan terlalu berusia,” katanya pada sidang akhbar selepas prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, beliau berasa perlu untuk menghadiri prosiding itu biarpun kebiasaannya seorang anak guam jarang berbuat demikian.

“Faktanya, berlaku pertukaran Pesuruhjaya Kehakiman sebelum ini yang dipindahkan ke tempat lain.

“Pesuruhjaya Kehakiman baharu yang akan mendengar kes ini masih belum biasa dan saya rasa beliau perlukan masa untuk menelitinya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan perbicaraan kes saman itu dijalankan selama tiga hari mulai 21 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI