fbpx
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (dua dari kiri) menunjukkan model kilang di majlis pelancaran ‘Detached Factory’ di Taman Perindustrian Alam Perdana.

LBS lancarkan pembangunan kilang di Taman Perindustrian Alam Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, merasmikan pelancaran pembangunan kilang ‘Detached Factory’ di Taman Perindustrian Alam Perdana (TPAP) hasil kerjasama dengan KLM Land Sdn Bhd (KLM), syarikat kontraktor ‘turnkey’ G7 terkenal dengan kepakarannya dalam pembangunan perindustrian berskala besar. 

Pencapaian ini menandakan langkah penting dalam menyediakan ruang perindustrian yang dibina mengikut kehendak dan boleh diubah suai (build-to-suit), direka bagi memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang di rantau ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Datuk Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, LBS komited untuk menyediakan ruang fleksibel dan berfungsi bagi membolehkan perniagaan berkembang maju. 

Menurutnya, kepakaran KLM Land akan memastikan setiap kemudahan direka dengan teliti dan terperinci, membantu pelanggan kami mengoptimumkan operasi mereka. 

“Saiz unit fleksibel serta harga menarik menjadikan Alam Perdana pilihan ideal untuk semua jenis perniagaan. 

Tan Sri Datuk Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San

“Sama ada baru memulakan operasi atau sedang merancang untuk berkembang, penyelesaian kami direka bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah.

“Projek ini juga mencerminkan komitmen kami di bawah Strategi 8 x 8 LBS yang memberi tumpuan kepada pembangunan inovatif dan lestari, sekali gus menjana nilai jangka panjang untuk para pemegang kepentingan,” katanya.

Tambahnya, dengan lokasinya yang strategik, tenaga kerja yang semakin berkembang, serta infrastruktur yang kukuh, TPAP berada pada kedudukan terbaik untuk menyokong perniagaan dalam mencapai kejayaan jangka panjang.

Sejak diluncurkan pada April 2024, TPAP mencatat kadar pengambilan memberangsangkan iaitu 73 peratus, sekaligus menonjolkan permintaan pasaran kukuh terhadap fasiliti perindustrian yang terletak strategik dan versatil. 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (kanan) bersama Pengarah Urusan KLM, Ken Kang CJ pada pelancaran ‘Detached Factory’ di Taman Perindustrian Alam Perdana.

Dengan lot tanah berkeluasan antara 27,051 kaki persegi (0.6 ekar) hingga 106,374 kaki persegi (2.4 ekar), setiap unit kilang bebas binaan siap (built-up detached factory) berkeluasan antara 14,114 hingga 73,437 kaki persegi, menyediakan privasi unggul, fleksibiliti operasi dan kepesatan pembangunan, jika dibandingkan dengan pilihan perindustrian konvensional.

KLM telah dilantik sebagai kontraktor ‘turnkey’ untuk membangunkan unit kilang bebas bertaraf tinggi ini. 

Dengan kepakaran teknikal yang luas dan pengalaman industri yang terbukti, KLM akan memastikan setiap unit direka teliti agar memenuhi keperluan operasi dan ruang khusus yang membolehkan perniagaan berkembang, dan mampu dioptimumkan sepenuhnya. 

Setiap fasiliti menawarkan penyelesaian ‘build-to-suit’ yang disesuaikan untuk pelbagai keperluan operasi, reka bentuk struktur termaju, dan teknologi terkini. 

Unit-unit ini direka dengan kapasiti muatan lantai kukuh sebanyak 3 tan per meter persegi (3 ton/m²), menjadikannya sesuai untuk jentera berat, proses pengeluaran khusus dan aktiviti pembuatan intensif.

Selain itu, TPAP dirancang secara menyeluruh dan menawarkan kluster perindustrian, daripada teres, berkembar hingga ‘detached factories’, yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan di setiap peringkat pertumbuhan. 

Dibangunkan khas sebagai taman perindustrian, ianya bakal menjadi hab pelbagai industri berkaitan di satu lokasi, memudahkan bekalan diperoleh dengan cepat, mengurangkan kos penghantaran, dan meningkatkan kelancaran operasi. 

Terletak di lokasi strategik Bandar Puncak Alam, TPAP dijangka memanfaatkan tenaga kerja sedia ada, disokong dengan rangkaian lebuh raya utama seperti ECRL, WCE, DASH, LATAR dan GCE, yang memastikan kelancaran logistik serta kemudahan pengangkutan barangan dan kakitangan, sekali gus menyokong operasi yang efisien dan pertumbuhan perniagaan yang berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI