fbpx
Hologram menyerupai anggota polis sebenar dipasang di sebuah taman di Seoul. - Oddity Central

Kelibat polis muncul setiap pukul 7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Penduduk Seoul, Korea Selatan digemparkan dengan penampakan hologram tiga dimensi (3D) memaparkan anggota polis peronda, dalam usaha kerajaan tempatan untuk meningkatkan keselamatan dan memerangi jenayah di kota raya itu, lapor laman berita Oddity Central.

Hologram dalam tempoh percubaan itu menampilkan anggota polis mengenakan pakaian seragam lengkap dan memiliki ketinggian lebih 170 sentimeter.

Kelibat ‘polis’ itu muncul di Taman Judong No.3 di kawasan kejiranan Jung-gu setiap hari bermula pukul 7 malam hingga 10 malam (waktu tempatan). 

Ketua Balai Polis Jungbu, Ahn Dong-hyun berkata, hologram itu direka sebagai peranti keselamatan pintar untuk meningkatkan persepsi rakyat terhadap keselamatan dan mencegah mereka daripada tingkah laku tidak sopan.

Menurut Agensi Polis Metropolitan Seoul, perbandingan bagi tempoh sebelum dan selepas hologram dipasang menunjukkan kadar jenayah sekitar kawasan tersebut turun sebanyak 22 peratus. 

Meskipun teknologi itu tidak mampu menangkap penjenayah secara langsung, ia dapat mencegah jenayah dan mewujudkan rasa selamat. 

“Walaupun bukan polis sebenar, kehadiran hologram memberi kesan pencegahan yang ketara,” kata polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI