fbpx
Fouziah mengakui proses penghijrahannya dilakukan mengikut fasa tersendiri, bukan atas desakan mana-mana pihak termasuk suaminya, Datuk Zhafran Md. Yusof.

‘Kalau suami tak buka ubat, saya rela tidak makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nampak tegas dan mandiri dengan perniagaan yang sukses, siapa sangka pelakon Datin Fouziah Gous memiliki keperibadian berbeza apabila di sisi suami, Datuk Zhafran Md. Yusof.

Ibu dua anak itu mengakui, sebaga isteri dan ibu, kebergantungannya terhadap suami sangat tinggi meskipun secara hakiki dia seorang yang cukup berdikari.

“Saya seorang workaholic, biasa buat semua perkara sendiri. Tetapi dengan Zhaf, saya jadi sebaliknya.

“Contohnya, hendak makan ubat pun, kalau dia tidak buka, saya rela tidak makan. Itulah betapa besarnya peranan suami dalam hidup saya,” ujarnya.

Hadir dalam program perkongsian ilmu anjuran usahawan popular, Neelofa, Fouziah juga sempat menjelaskan berdepan turun naik iman. Dia bahkan mengakui proses penghijrahannya dilakukan mengikut fasa tersendiri, bukan atas desakan mana-mana pihak termasuk suaminya sendiri.

Ujar Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd. Gous, 42, keputusannya berhijab dahulu lahir daripada hati yang ikhlas kerana dia enggan hanya menunaikan kehendak suami tanpa keredaan diri sendiri.

“Saya masih ingat ketika merakam video pra-perkahwinan dahulu. Zhaf berjanji akan beri saya ruang dan masa. Sampai sekarang saya pegang janji itu.

“Saya tidak mahu jika satu hari nanti takdir menentukan jodoh kami berakhir, saya membuka tudung kerana niat asal hanya untuk menggembirakan suami.

“Biarlah keputusan ini lahir untuk diri saya sendiri,” katanya ketika menjadi tetamu sebuah majlis ilmu tertutup anjuran rakan selebriti merangkap usahawan, Neelofa.

Tambah pelakon Polis Evo 3 itu, perubahan besar dalam hidup memerlukan kesungguhan serta masa agar setiap langkah benar-benar jujur tanpa dipengaruhi niat bercampur.

“Saya memang ikut fasa sendiri. Saya tahu perubahan ini untuk kebaikan diri, bukan kerana tekanan luar.

“Saya mahu menjadi lebih baik, tetapi bukan atas paksaan. Masa dan keikhlasan sangat penting bagi saya,” jelasnya.

Untuk rekod, Fouziah mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada 21 September 2013.

Hasil perkongsian kasih, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zeeshan Yusuf, 10, dan Zaheen Yusof, 8. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI