fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di hampir seluruh negara susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka berterusan sehingga awal malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, di sebelah utara, cuaca buruk itu tertumpu di seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Sik, Baling dan Kulim) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Menurut MetMalaysia, bagi kawasan di Pantai Timur, ia melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).

Sementara itu, hujan lebat turut dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) dab Johor (Mersing).

Bagi negeri Sarawak, MetMalaysia menjangkakan keadaan sama tertumpu kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, ia meliputi bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI