fbpx
HAALAND berjaya meledak dua gol ketika City memulakan kempen musim baharu dengan cukup kuat ketika membenam Wolves. - AFP

EPL: Man. City buktikan keinginan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji impak semua tonggak baharu yang cemerlang membantu pasukan menewaskan Wolverhampton 4-0 dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, empat pemain baharu City, Tijjani Reijnders, Rayan Ait-Nouri, James Trafford dan Rayan Cherki telah diberikan peluang untuk membuat penampilan pertama dalam kancah EPL.

Kepercayaan yang diberikan itu dibalas Reijnders dan Cherki untuk meledak gol pertama, manakala Ait-Nouri dan Trafford pula memastikan pasukan tidak dibolosi di benteng pertahanan.

“Saya sangat teruja dengan keputusan ini kerana kita tidak menjalani pramusim yang sempurna dan hanya mengharungi dua aksi persahabatan. Namun, pemain di jentera serangan cukup serasi terutama Reijnders, Erling Haaland dan Oscar Bobb,” katanya.

Mengulas lanjut, Guardiola gembira dengan prestasi Reijnders yang menjadi pemain pertama City untuk meledak gol dan mencipta peluang buat pasukan sejak Sergio Aguero pada 2011.

“Kelab ini sentiasa menandatangani pemain yang bagus dan Reijnders telah buktikan kualiti terutama daripada aspek kreatif selaku pemain tengah. Selain itu, Cherki juga memiliki bakat yang luar biasa.

“Ait-Nouri juga cukup hebat, tetapi saya tidak terkejut kerana dia sudah ada pengalaman beraksi dalam kempen EPL (bersama Wolves) sebelum ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI