fbpx
DE GEA memiliki klausa pelepasan pada nilai yang rendah menyebabkan United cuba melihat potensi membawanya kembali semula ke Old Trafford. - AFP

EPL: De Gea kembali gamit Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United dilapor menghubungi bekas pemainnya untuk membuat kepulangan semula ke Old Trafford ketika mereka dilaporkan mahu memastikan posisi berkenaan benar-benar kukuh.

Pengendali United, Ruben Amorim dikatakan masih tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dua penjaga golnya, Andre Onana dan Altay Bayindir menyebabkan idea membawa pulang David De Gea tercetus.

Sebelum ini, United dikaitkan dengan perpindahan Emiliano Martinez dan Gianluigi Donnarumma, namun kedua-dua pilihan tersebut dianggap tidak realistik ekoran isu yuran perpindaan dan gaji.

Menurut laporan, United sedang meneliti potensi tersebut apabila mengetahui bahawa kontrak De Gea di Fiorentina memiliki klausa yang membenarkannya meninggalkan kelab Serie A itu dengan yuran perpindahan yang lebih rendah.

De Gea meninggalkan Old Trafford pada Jun 2023 dan sempat ‘mengganggur’ selama setahun sebelum menandatangani kontrak bersama Fiorentina, namun sepanjang 12 tahun di United, dia berjaya menonjolkan diri sebagai salah seorang penjaga gol terbaik pernah dimiliki kelab itu.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu berjaya membuat 500 penampilan bersama The Red Devils dan berjaya memenangi anugerah pemain terbaik tahunan sebanyak empat kali ketika di Old Trafford.

Legenda United, Paul Parker sebelum ini mengakui bahawa United telah membuat keputusan yang silap ketika melepaskan khidmat De Gea selepas menyaksikan pasukan itu berdepan kesukaran sejak dua musim lalu ketika mereka memberikan tanggungjawab itu kepada Onana.

“Saya fikir United membuat kesilapan kerana melepaskan David De Gea terlalu cepat. Pada saya, penting untuk memiliki penjaga gol yang bagus menggunakan tangan berbanding kaki,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN