fbpx
Bryan Mbeumo menjadi salah seorang pemain penting buat Manchester United pada aksi sebentar tadi. - Foto Reuters

EPL: Arsenal ‘baham’ Manchester United di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Harapan Manchester United untuk memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kanan tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada naib juara musim lalu, Arsenal pada aksi pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, skuad The Red Devils membariskan kesebelasan terbaik dengan dua penyerang baharu, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo mengetuai jentera serangan.

Namun, tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan apabila The Gunners meraih gol pembukaan hasil tandukan Ricardo Calafiori seawal minit ke-13 menerusi sepakan penjuru.

Tersentak dengan gol tersebut, United memperkemaskan jentera serangan dengan Cunha dan Mbeumo melakukan beberapa siri serangan ke kubu The Gunners.

Peluang terbaik United pada babak pertama hadir hasil sepakan jarak jauh Patrick Dorgu tetapi sekadar menggegar palang gol ketika penjaga gol, David Raya sudah ditewaskan.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan melakukan rombakan taktikal dengan Arsenal yang dikendalikan oleh Mikel Arteta dilihat lebih cenderung untuk bertahan.

United pula terdesak untuk meraih mata berharga dan memasukkan penyerang baharu, Benjamin Sesko dalam usaha memburu gol penyamaan.

Mbeumo hampir meledak gol pada penampilan debut tetapi tandukan yang dilakukan pada penghujung perlawanan berjaya diselamatkan Raya.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan United berada di kedudukan ke-15 manakala Arsenal di posisi ke-6. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI