fbpx
Tun Dr. Mahathir bersama Muhammad Rafique ketika tiba bagi pengurusan kes saman tersebut. FOTO: FARIZ RUSADIO/ KOSMO! ONLINE.

Bicara kes saman Tun M, Anwar bermula 21 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan selama tiga hari mulai 21 Oktober depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin memutuskan demikian selepas meneliti permohonan kedua-dua pihak bagi penangguhan tarikh bicara terdahulu pada esok dan lusa.

Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu memberitahu bahawa pihaknya belum menerima arahan berkaitan penyata saksi kes.

“Terdapat isu mengenai fakta dan perkara yang tidak diselesaikan termasuk penyata itu serta dokumen tambahan lain.

“Oleh itu, ia memerlukan tarikh lain dan kami tiada bantahan meneruskan pendengaran kes selepas ini. Mohon mahkamah memberi tarikh baharu,” katanya pada prosiding pengurusan kes itu.

Tambah beliau, pihak plaintif turut memohon tarikh sebutan dan perbicaraan paling awal dengan mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir.

Sementara itu, peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar tidak membuat bantahan dan memaklumkan pihaknya turut perlu melengkapkan semua dokumen berkaitan.

Donald kemudian membenarkan permohonan itu dengan turut menetapkan tarikh-tarikh bagi mengemukakan dokumen termasuk penyata saksi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI