fbpx
Awang

Ahli Parlimen Pendang digantung kehadiran 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim digantung kehadirannya di Dewan Rakyat selama 10 hari, susulan isu mencabar untuk bertumbuk bersama Ahli Parlimen lain di luar Parlimen, pada minggu lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Yang diPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini.

“Ini keputusan saya bahawa mengikut Mesyuarat 42 (2), saya perintah Pendang (Awang) keluar dewan 10 hari mulai hari ini,” katanya.

Dalam masa sama, Johari turut memberi nasihat kepada Awang serta Ahli-Ahli Parlimen lain berhubung adab sewaktu berdebat.

“Apabila Yang Berhomat-Yang Berhormat berdebat, kadang-kadang minta pandangan, kadang setuju, jarang sangat saya tutup mikrofon. Saya nak bagi peluang Yang Berhormat bercakap.

“Walaupun kadang-kadang agak berdesing telinga ni, sebab saya tahu Yang Berhormat adalah politician (ahli politik), orang kampung nak tahu Yang Berhormat cakap.

“Saya di situlah 15 tahun, saya tahu dan saya faham. Tapi kalau niat, petunjuk ‘go beyond that’ (lebih daripada itu), bukan suara tapi fizikal,” katanya.

Beliau turut menyentuh situasi pada hari kejadian apabila terdapat pelajar sekolah datang melawat ke Parlimen pada waktu tersebut.

“Saya tengok apa berlaku, keduanya amat kecil hati apabila penuh galeri tu budak sekolah. Kita cuba bercakap perlakuan anak kecil di sekolah, bagaimana mereka tak bersantun, tapi kita sendiri depan budak tunjuk macam-macam, tak baik.

“Saya yakin Pendang pun ada anak dah berumah tangga, tentu pun ada cucu sekarang. Bayangkan cucu tengok tok wan lagu tu, tak bagus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI