fbpx
Hamid ketika ditemui sejurus sebutan kes di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. -IVAN AMIRUL/KOSMO!

195 saksi, Inkues kes kematian Zara Qairina bermula 3 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Inkues berhubung kes kematian remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan diadakan pada bulan September selama 19 hari.

Koroner Azreena Aziz menetapkan tarikh perbicaraan pada 3-4, 8-12, 17-19 dan 22-30 September ketika sebutan kes pada Isnin.

Pegawai pengendali memaklumkan kepada koroner bahawa kira-kira 195 saksi telah dikenal pasti setakat ini walaupun senarai itu mungkin dikurangkan.

Dalam prosiding itu, pasukan guaman Zara memohon untuk terlibat secara langsung dalam inkues dengan memohon hak untuk menyoal balas saksi.

Mereka juga meminta semua dokumen berkaitan diserahkan kepada mereka dengan segera bagi membolehkan persediaan soalan dibuat secukupnya untuk membantu koroner mencapai keputusan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI