PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki yang enggan membuat pembayaran dan mahu berhutang ketika membeli di sebuah kedai runcit telah menarik perhatian netizen.
Dalam video yang dimuatnaik oleh @Syifa di platform TikTok, lelaki terbabit pada mulanya mahu berhutang, namun penjaga kedai menolak permintaannya kerana menurutnya, majikan tidak membenarkan sebarang urusan hutang dilakukan.
Lelaki tersebut turut memberi gambaran bahawa dia tidak takut dengan pihak berkuasa dengan mengeluarkan perkataan seolah-olah dirinya lebih berpengaruh daripada polis.
“Polis belakang tapak kaki aku jelah,” ujarnya.
Sebelum beredar tanpa membuat pembayaran, lelaki itu sempat melepaskan tumbukan dipercayai ke arah penghadang besi yang memisahkan antara dirinya dengan penjaga kedai. – KOSMO! ONLINE
@syifanatun #fpy ♬ suara asli – Syifa