PETALING JAYA – Seorang pempengaruh media sosial berbangsa India mempersoalkan kenapa masih ada segelintir masyarakat negara ini masih memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
Jelasnya, kebiasaan di bahagian sebelah atas bendera akan ditutup rapat (dijahit) hanya bahagian di bawah sahaja yang mempunyai lubang untuk mudah dipasangkan batang.
“Ini saya nak kongsi, biasanya bendera ni hanya ada lubang di bahagian bawah, kenapa ada lagi yang pasang terbalik, sedangkan atasnya telah dijahit.
“Sama sahaja bendera negeri, ini bendera Kedah dan Negeri Sembilan, juga sama lubang di bawah. Saya hairan kenapa ada lagi yang pasang terbalik,” katanya melalui satu video tular di media sosial ketika ini.
Tambahnya, kemungkinan masyarakat yang berbuat begitu ( pasang terbalik) mungkin sengaja berbuat demikian.
“Korang saja je kan, tak kan lah tak tahu dan bendera pun memang lubang dia satu. Hanya dekat bawah,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE.