fbpx
Yamaha RXZ tahun 1996 standard yang diiklankan dengan harga RM25,000.

RXZ tahun 1996 RM25,000 murah dah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena himpunan automotif kesukaan ramai, RXZ Member 7.0 pada bulan ini, nampaknya harga motosikal dari jenama Yamaha iaitu model RXZ kembali ‘menggila’.

Jika minggu lalu, sebuah motosikal jenama sama telah terjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu RM80,000 namun kali ini lain pula kerenahnya.

Sebuah Yamaha RXZ model Bosch yang dikeluarkan pada tahun 1996 pula ditawarkan pada harga RM25,000 dalam satu platform jual beli secara dalam talian.

Mengejutkan apabila rata-rata komen menyatakan harga tersebut adalah berbaloi walaupun model itu keluaran lama yang sudah berusia hampir 30 tahun.

Malah ‘jajan’ yang ditunjuk dalam iklan tersebut juga turut ditarik balik dan tidak disertakan bersama jika sesiapa yang ingn membelinya.

“Ok dah tu harga tu, cepat grab. Nanti orang lain pula yang dapat,” kata Epul Rani.

“Mana nak cari lagi harga macam ni. Murah sangat dah. RXZ Member pun dah dekat ni. Sempat lagi kalau beli dan servis terus,” kata Farihan BNM.

Terdahulu, harga Yamaha RXZ kembali melambung setelah beberapa pempengaruh media sosial menjadikan kenderaan tersebut sebagai barang mewah dan ‘rare’ untuk memilikinya.

Yamaha RXZ yang mula dilancarkan pada pertengahan tahun 80-an itu sudah ditamatkan pengeluarannya sejak 2011 dan model ini masih lagi mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.

Setelah ditamatkan pengeluarannya oleh Yamaha, model ini menjadi punca sekaligus menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai lagenda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI