fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat landa 7 kawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 10 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu membabitkan kawasan-kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah serta Labuan.

Antara kawasan yang terjejas termasuklah Gua Musang di Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang pula, cuaca buruk dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan, sementara di Johor melibatkan Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Beberapa kawasan di Sarawak turut tersenarai seperti Serian, Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman serta Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).

Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka menerima kesan cuaca sama.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI