fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Island Vibes Mersing di platform TikTok yang menunjukkan kesesakan pengunjung di Pulau Harimau.

[VIDEO] Pulau Harimau ‘sesak’ jadi tumpuan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lokasi pelancongan terkenal, Pulau Harimau, Mersing, Johor, menjadi tular di media sosial apabila video memaparkan situasi ‘jem’ pengunjung di kawasan gua dan perairan pulau tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @Island Vibes Mersing, pelancong kelihatan memenuhi ruang sempit berhampiran pintu masuk gua sambil berpelampung dan berenang di laut dalam keadaan sesak.

Disebabkan kesesakan melampau itu, turut kelihatan beberapa lagi pelancong yang terpaksa berdiri di tebing gua, menunggu peluang untuk turun ke laut.

“POV: footage rare Pulau Harimau traffic jam. Apa-apa pun cintailah alam,” tulis kapsyen video itu yang kini menerima ratusan tanda suka dan komen.

Fenomena ‘serbuan’ pelancong ke pulau tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Sepatutnya kena ada had setiap kemasukan. Macam ni bukan ‘healing’ tapi hilang dalam keramaian,” komen @NanaJuraina.

“Kedai makan penuh pun aku tak masuk. Kalau macam ni, ajak si suami balik,” ujar @Ummi Zara Umaira.

“Ramainya, dulu-dulu tak macam ni,” komen @SayangKuCiko. – KOSMO! ONLINE

@islandvibemersing POV : footage rare Pulau Harimau traffic jam 😲 Apa2 pun cintailah alam sekitar kita 😊 #pulauharimaumersingjohor #mersingjohor #Mersing #trip5pulau #islandhopping #islandvibeservices #pulauvibesservices #handsomeboyboatservices #flyyyyyyyyyyyyyyyyy ♬ original sound – Island Vibes Mersing ™

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI