fbpx
Lokasi kejadian mangsa ditikam di sebuah rumah kongsi di Sungai Bayas dekat Sungai Lembing semalam.

Lelaki Myanmar kena tikam sebab mabuk, ‘buat kacau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai mabuk dan mengganggu rakan-rakan lain yang sedang tidur maut selepas ditikam rakannya dalam pergelutan di sebuah rumah kongsi pekerja lombong bijih timah di Sungai Bayas dekat Sungai Lembing di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang berusia 42 tahun dipercayai ditikam ketika mabuk dan ‘buat kacau’ di rumah kongsi kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi setelah dibawa ke hospital oleh seorang rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cedera parah akibat tikaman di bahagian dada.

“Bedah siasat yang dijalankan di HTAA Kuantan mengesahkan punca kematian adalah akibat luka tikaman pada bahagian tubuh,” katanya di sini hari ini

Tambahnya, susulan itu juga pihak polis menahan reman tiga warga asing dan seorang warga tempatan di rumah kongsi berkenaan pada pukul 7.30 malam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sepasukan polis daripada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dengan bantuan pasukan forensik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Sejumlah empat sampel darah diambil di lokasi bagi tujuan analisa dan siasatan di tempat kejadian telah menemui sebilah pisau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI