fbpx
Anggota penyelamat mengambil mayat mangsa yang dijumpai lebih kurang 50 meter dari keretanya yang terjatuh ke dalam gaung setinggi 100 meter di Jalan Empangan Baleh, Kapit.

Lelaki mati lepas hilang seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAPIT – Lelaki yang dilaporkan lebih seminggu hilang ditemukan meninggal dunia apabila kereta dipandunya jatuh ke dalam gaung di Jalan Empangan Baleh, sebelum Rh. Biduk Nanga Sebetung di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 53 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 3.06 petang semalam pihaknya segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi, yang terletak pada jarak 61 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati mayat mangsa berada lebih kurang 50 meter dari kenderaan Perodua Bezza yang terjatuh ke dalam gaung setinggi 100 meter dari jalan utama. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, katanya pasukan bomba bertindak memasang tali penyelamat dengan membina sistem takal serta pengusung untuk menaikkan jasad mangsa dan seterusnya menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN