fbpx
Wan Rosdy (jaket putih) semasa perasmian Program Larian Tok Gajah Kuala Lumpur Edisi 2025 di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

Laksanakan saja titah adendum, tak perlu bicara lagi – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Titah adendum berhubung pelaksanaan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu dibawa ke perbicaraan, sebaliknya terus dilaksanakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kewujudan adendum tersebut telah disahkan melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan secara sebulat suara 3-0 bahawa dokumen itu benar-benar wujud.

“Daripada awal lagi saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan bahawa adendum itu ada. Dan sebab itulah kami berdua telah membuat afidavit,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa ditemui media selepas perasmian Program Larian Tok Gajah Kuala Lumpur Edisi 2025 di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut hari ini.

Menurut beliau, usaha membebaskan Najib perlu disegerakan kerana adendum itu sudah terbukti sah, justeru tidak perlu ada lagi perbincangan lanjut.

“Saya ada mengeluarkan kenyataan tindakan untuk melepaskan Datuk Seri Najib hendaklah disegerakan apabila adendum itu telah ada,” ujarnya.

Katanya lagi, pelaksanaan titah adendum itu juga diyakini mampu menaikkan semangat ahli UMNO untuk terus kekal berjuang dan memperkukuh parti.

“Saya ulangi pendirian, supaya titah adendum itu dilaksanakan dan tidak perlu dibicarakan lagi,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN