fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran kilang itu di Jalan Rukun, Bestari Jaya, hari ini.

Kilang proses ayam, daging musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Sebuah kilang memproses ayam dan daging musnah dalam kebakaran di Jalan Rukun, Bestari Jaya di sini, awal pagi tadi.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.41 pagi.

Jelasnya, sepasukan 18 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Batu Arang dan Kuala Selangor terlibat dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah kilang memproses ayam dan daging jenis bangunan kelas A. Premis berkeluasan 50 x 100 kaki itu dianggarkan terbakar 80 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Samsol, kebakaran itu berjaya dikawal bomba dan tidak melibatkan sebarang mangsa, manakala anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN