SIAPA sangka selebriti sehebat dan secantik dan sepopular Jennifer Lopez pun tidak dibenarkan masuk ke butik Chanel di Istanbul, Turkiye semata-mata kerana butik barangan mewah tersebuh sudah dipenuhi pelanggan lain.
Difahamkan, penyanyi dan pelakon yang berkunjung ke negara itu bagi menjayakan Istanbul Festival di Yenikapi Festival Park sebagai sebahagian daripada acara promosi konsert jelajah Up All Night akur dengan permintaan petugas premis tersebut.
Jennifer atau JLo kemudian dilihat keluar dengan tenang sebelum membeli-belah ke butik berjenama lain, termasuk Celine dan membelanjakan puluhan ribu dolar.
Selepas itu, kakitangan Chanel menjemputnya datang ke premis mereka sekali lagi, namun ditolaknya secara baik.
JLo ketika ini dalam fasa melengkapkan konsert jelajah membabitkan 19 bandar raya utama dunia.