fbpx
JDT berdepan ujian berat apabila diundi bertemu tiga kelab gergasi Jepun pada kempen ACLE musim ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

JDT sedia harungi ‘ranjau’ saingan ACLE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sudah cukup ‘masak’ dengan tahap kompetitif Liga Juara-Juara Elit (ACLE) dan memiliki idea tersendiri untuk berdepan kelab yang memiliki reputasi lebih gah di rantau Asia.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, Harimau Selatan juga begitu matang untuk berdepan lawan lebih kuat dan percaya juara bertahan Liga Super itu mampu memberikan saingan.

“Satu perkara yang kami pelajari adalah kami adalah pasukan berkebolehan dan kuat untuk bersaing di Liga Juara-Juara. Kami tahu yang kami boleh bersaing dalam pertandingan ini.

“Satu lagi perkara yang kami belajar, apabila berjaya menguasai permainan di tempat sendiri, kami tidak boleh persiakan peluang kerana jika tidak kami pasti akan dihukum,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian ACLE, kelmarin.

Undian itu menyaksikan JDT bakal berdepan tiga kelab Jepun dan China diikuti satu wakil Australia, Melbourne City dan serantau, Buriram United.

Tiga wakil Jepun adalah Vissel Kobe, FC Machida Zelvia dan Sanfrecce Hiroshima manakala Shanghai Port, Shanghai Shenghua FC dan Chengdu Rongcheng akan membawa cabaran China.

“Agak sukar buat kami untuk tidak mampu meneruskan kemaraan (tewas kepada Buriram United di pusingan 16, musim lalu) kerana ia tidak sepadan dengan kami sebagai pasukan yang ada kualiti.

“Terdapat detik ajaib di Stadium Sultan Ibrahim dan kami ingin mencuba serta mengulanginya lagi pada saingan musim ini. Kami bermain menentang lawan baharu dan lawan yang pernah kami hadapi seperti Buriram United,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI