fbpx
EZE akan terus kekal di Selhurst Park dan menggalas cabaran Palace biarpun dikaitkan dengan perpindahan. - AFP

EPL: Palace sahkan dua tonggak kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Crystal Palace, Oliver Glasner mengesahkan dua pemain utama, Marc Guehi dan Eberechi Eze masih kekal dalam perancangan pasukan dan bakal diturunkan pada aksi bertemu Chelsea malam ini.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan sepanjang minggu ini apabila Eze dilaporkan bakal berhijrah ke Tottenham Hotspur manakala Guehi mendapat tawaran Liverpool.

Kata Glasner, Eze dan Guehi masih lagi menjalani sesi latihan bersama skuad utama seperti biasa dan tidak menimbulkan sebarang masalah buat barisan kejurulatihan.

“Guehi kekal komited bersama pasukan sepanjang minggu dan situasi sama juga melibatkan Eze. Mereka berdua berada pada tahap terbaik untuk diturunkan bertemu Chelsea nanti.

“Saya faham apa sahaja boleh berlaku dalam dunia bola sepak tetapi kedua-dua pemain ini dijangka menguatkan pasukan pada perlawanan liga pertama kita nanti,” katanya.

Sementara itu, Glasner mengakui ujian The Eagles ketika ini cukup mencabar walaupun berjaya menjulang trofi Perisai Komuniti dengan menewaskan Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti minggu lalu.

“Minggu lepas kita bertemu Liverpool, kali ini kita menentang juara dunia, Chelsea. Sudah tentu ini adalah cabaran besar buat pasukan tetapi kita sedia untuk tampil kompetitif dan meraih mata penting,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI