fbpx
GELARAN juara CWC dan Liga Konferens Europa yang dirangkul Chelsea menyebabkan mereka dilihat bersedia mencabar kejuaraan EPL musim baharu. - FB CHELSEA

EPL: Chelsea tidak selesa status baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca enggan ‘termakan’ perang psikologi seteru apabila percaya pasukannya masih lagi wajar dilabel ‘underdog’ menjelang aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Crystal Palace malam ini.

Menurut Maresca, masih terlalu awal untuk meramal The Blues berpotensi menamatkan penantian lapan tahun bergelar juara EPL sekali gus merampas takhta yang dimenangi oleh Liverpool musim lalu.

Maresca berkata, status selaku juara Piala Dunia Kelab (CWC) bukan lesen untuk meletakkan tekanan kepada anak-anak buahnya, tetapi percaya semua pihak perlu bekerja keras untuk meningkatkan lagi kualiti di atas padang.

“Secara peribadi, saya tidak suka mengulas tentang apa yang dikatakan oleh pihak luar, tetapi apa yang boleh saya rumuskan banyak kelab akan berusaha untuk merebut gelaran EPL pada saingan musim ini.

“Saya tidak suka lakukan perang psikologi kerana fokus utama adalah untuk memastikan pemain sedia mengharungi musim yang panjang selain mempamerkan prestasi yang lebih kompetitif pada kempen kali ini,” katanya.

Sementara itu, Maresca mengakui terpaksa merombak benteng pertahanan selepas Levi Colwill terpaksa disisihkan ekoran kecederaan serius yang dialami pada awal bulan ini.

“Sebenarnya saya sudah siapkan pasukan dengan Colwill diletakkan dalam kesebelasan utama. Kini, saya terpaksa bergantung harap dengan pemain lain seperti pemain baharu, Jorrel Hato yang tidak pernah bermain sebagai pertahanan tengah sebelum ini,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN