fbpx
Anggota bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat Nik Zariff Maliqi Qausar yang dikhuatiri lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Delong, Dungun semalam.

Budak lelaki 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Kegembiraan lima sahabat mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Delong, di sini, semalam bertukar cemas apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Insiden melibatkan mangsa, Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, 12, yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Delong itu berlaku pada pukul 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa dikatakan secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras sungai tanpa sempat diselamatkan rakan-rakannya.

“Mereka yang panik telah naik semula ke tebing sungai untuk meminta pertolongan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, seramai 15 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, operasi turut dibanu tujuh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan selaman bagi mencari mangsa di sungai berkenaaan.

“Setakat ini,operasi pencarian tertumpu pada radius kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI