fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Azula Cinta di platform TikTok yang mengecam klip berkenaan pembuatan minyak pengasih.

‘Adakah syirik kini dibudayakan?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah klip video podcast tular di TikTok mencetuskan kebimbangan netizen apabila memaparkan seorang wanita berkongsi cara menghasilkan minyak pengasih, sambil dua hos lelaki yang mengendalikan sesi tersebut dilihat ketawa dan bergurau mengenainya.

Menerusi hantaran oleh @Azula Cinta di platform TikTok, tindakan kedua-dua hos tersebut seolah-olah menormalisasikan amalan syirik yang merupakan antara dosa terbesar dalam Islam.

“Minyak syirik adalah kejahatan besar kerana kita mempercayai sesuatu selain daripada Allah SWT. Ia sepatutnya menakutkan, bukan dijadikan bahan jenaka. Anda ketawa, bertanya berapa gram, apa resipi. Apa yang lucunya?”

Katanya lagi, kandungan sebegitu membuka ruang kepada ribuan penonton yang tidak tahu atau berniat salah untuk mencuba amalan tersebut.

“Anak-anak pun mungkin akan tertanya-tanya, ‘apa minyak ni? Boleh buat orang suka aku?’ Inilah bahayanya bila syirik dijadikan bahan hiburan,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan teguran tersebut dan menyatakan kebimbangan terhadap kandungan seumpama itu.

“Sangat setuju. Sama seperti hal paranormal. Apa yang Rasulullah SAW tidak amalkan, kita juga jangan amalkan,” komen @CT

“Zaman sekarang, perkara yang dilarang mula dinormalisasikan dan dianggap dibenarkan. Bila kita menegur, kita pula yang kena kecam. Menegur itu wajib dan perlu dalam Islam,” kata @Sueee.

“Terima kasih kerana berani bersuara,” ujar @Sharifah Qubra.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN